Selasa, 5 Mei 2009

BeRdIKaRi


Salam...
Sekadar ingin berkongsi dengan pembaca. Apa pendapat anda tentang berdikari?
Senang diungkap, tetapi sukar dilaksanakan. Setuju? Saya melihat berdikari dari sudut kewangan...Hemm, selalu dapat pinjaman daripada PAMA, maksud saya papa dan mama. Saya rasa telah banyak perkara saya telah menyusahkan mereka, apatah lagi dalam urusan kewangan. Saya telah banyak berhutang dengan mereka, dari saya kecil sehingga sambung pengajian di universiti pun masih lagi mengharapkan duit mereka.
Saya bertekad, nak berusaha mencari pendapatan sendiri walaupun masih belajar...Saya tahu, duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya dengan duit. Bukan duit sebagai matlamatnya, semoga dengan duit yang ada sekurang-kurangnya saya dapat menyampaikan Islam dimana-mana sahaja.

WITH ALLAH LOVE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan